Bas dari KL ke Hatyai

Bas dari Kuala Lumpur ke Hatyai

Pilihan yang paling selamat, mudah, selesa dan murah untuk perjalanan dari KL ke Hatyai adalah dengan menaiki bas ekspres. Perjalanan ini mengambil masa hampir 8 jam dan terdapat beberapa terminal bas yang menyediakan perjalanan bas dari KL ke Hatyai. Pelbagai kemudahan yang ditawarkan dari kebanyakan pengendali syarikat bas untuk memastikan perjalanan yang selesa. Pilihan bas termasuklah Alisan Golden Coach dan Konsortium Bas Ekspres yang bertola dari KL pada waktu siang dan juga malam. Perjalanan di waktu malam adalah lebih popular kerana penumpang boleh tidur sepanjang perjalanan.

BERLEPAS DARI KL

Umumnya bas dari KL ke Hatyai akan berlepas dari Pudu sentral. Terminal ini terletak berdekatan Chinatown dan Bukit Bintang dengan jarak berjalan kaki selama 10 minit. Terminal bas Pudu Sentral adalah terminal bas yang berhawa dingan sepenuhnya dan bas bertolak dari tingkat bawah tanah. Bukan itu sahaja, pengangkutan ulang alik ke lapangan terbang beroperasi dari terminal bas ini juga.

KETIBAAN DI HATYAI

Bas dari KL tiba di Terminal Bas Hatyai, yang menjadikannya sangat mudah dan berpatutan untuk sampai ke bandar-bandar berdekatan seperti Nakhon, Ratchasima dan Bangkok. Terminal Bas Hatyai juga menawarkan perkhidmatan bas mini utama di selatan Thailand.

MENYEBERANG SEMPADAN

Ketika menyeberang di sempadan ke Thailand, anda akan melalui tempat pemeriksaan imigresen yang memerlukan anda untuk turun dari bas dengan semua bagasi. Pihak imigresen akan meminta anda untuk menunjukkan pasport dan kad ketibaan, jadi anda digalakkan untuk menyediakan dokumen tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.