Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
C.S Travel & Tours 10:00 17:00 4 M T W T F S S  RM 38.00
Pahang Lin Siong 13:30 13:30 1 M T W T F S S  RM 22.40
Unititi Express 08:30 15:45 4 M T W T F S S  RM 38.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands
Tambang Paling MurahRM22.40
Jarak215 km
Anggaran Masa3 hrs 30 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands

Tips Bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands

Bas dari KL ke Cameron Highlands

Bas dari KL ke Cameron Highlands adalah salah satu laluan pelancongan paling popular di Malaysia. Cuaca yang sejuk, pemandangan semula jadi dan aktiviti trekking di Cameron Highlands menjadikannya destinasi percutian kegemaran bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga untuk rakyat Malaysia. Terutama pada musim cuti sekolah, jalan raya menuju ke Cameron Highlands biasanya dipenuhi dengan kereta dan bas dari awal pagi. Oleh itu, ramai yang lebih gemar menaiki bas untuk mengelakkan memandu dalam kesesakan tersebut.

Perkhidmatan Bas dari KL ke Cameron Highlands

Unititi Express dan CS Travel adalah dua pengusaha bas popular yang menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands. Harga tiket bas ke Cameron Highlands yang mereka tawarkan adalah sekitar RM 35.00 per tiket, mungkin sedikit berbeza mengikut musim. Jenama bas lain yang menawarkan perkhidmatan bas dari KL ke Cameron Highlands adalah Perak Transit dan Pahang Lin Siong. Jadual perlepasan mereka tidak begitu banyak berbanding Unititi Express dan CS Travel tetapi harga tiket mereka adalah lebih murah.

Kebiasaannya, bas berlepas dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan berhenti di Terminal Bas Tanah Rata. Manakala, Pahang Lin Siong menawarkan pilihan tempat menaiki bas di Terminal Bas Pekeliling dengan harga tiket yang berpatutan dari RM22.40 untuk dewasa dan RM11.20 untuk kanak-kanak.

Bas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Cameron Highlands

Lapangan terbang antarabangsa terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA dan KLIA2. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menaiki bas shuttle lapangan terbang atau tren KLIA Express ke pusat bandar Kuala Lumpur. Bas dari KLIA ke TBS dan KLIA2 ke TBS juga disediakan untuk tempahan dalam talian. Kemudian, penumpang boleh menaiki bas lain yang disebut di atas dari TBS untuk pergi ke Cameron Highlands.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Nota

Tempoh yang diperlukan untuk bas dari KL ke Cameron Highlands adalah kira-kira 3.5 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Perhentian ke tandas akan diperuntukkan atas permintaan kepada pemandu bas semasa perjalanan. Biasanya, bas akan terus ke Cameron Highlands dari KL tetapi kadang-kadang akan menurunkan penumpang di Bidor dan Tapah sebelum melalui laluan pendakian gunung (Nota: Bidor dan Tapah adalah dua bandar kecil di kaki gunung). Harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands adalah dari RM22.40 hingga RM35.00.

Tiket Bas KL ke Cameron Highlands Online

BusOnlineTicket.com menawarkan pelbagai kemudahan dan faedah kepada pelanggan kami. Anda boleh memeriksa ketersediaan tiket dengan mudah dan membandingkan harga tiket secara online melalui laman web mesra mudah alih kami atau melalui aplikasi BusOnlineTicket. Ahli dapat menikmati Program Kesetiaan yang paling best dan menebus sehingga RM50 / SGD25 untuk tempahan akan datang. Selain itu, kami sering menawarkan pelbagai diskaun dan anda dapat jimat lebih banyak lagi jika anda menempah secara online. Oleh itu, mulakan tempahan dengan BusOnlineTicket hari ini!